Nuffnang

Saturday, July 28, 2012

TRACKING NUMBER

SALAM N HI! ^^

Kali ni takde letak gambar tupperware, cuma nak tunjuk slip pos customers dalam masa terdekat ni. Untuk pengetahuan semua customers, semua slip pos penghantaran barang2 yang dikirim kepada customers semuanya kami simpan dengan baik sebagai bukti sekiranya berlaku hal-hal yang tidak diingini contohnya barang kiriman hilang dalam perjalanan.
Selain tu, ini juga sebagai bukti jika ada customers yang bertanyakan details tentang penghantaran kalau barang2 yang dikirim tak sampai-sampai lagi walaupun dah dipos agak lama.

Untuk pengetahuan semua, biasanya selepas pembayaran, barang2 anda akan diproses 1 atau 2 hari sebelum dipos bergantung kepada stok tersedia. Kadang-kadang plak, ada kesulitan seperti urusan keluarga atau kekangan kerja lain yang menyebabkan kami tidak dapat pos dengan segera. Tapi insyaallah, kami sentiasa berusaha untuk pos dalam masa yang terdekat.

Bagi barang-barang yang kecil, insyaallah kami akan pos menggunakan pos laju yang akan sampai lebih kurang 1-2 hari bekerja. Tapi, kalau kotak besar, kami akan menggunakan pos domestik atau parcel sebab bayaran pos ditentukan menggunakan volume kalau guna pos laju. So, kalau kotak besar nak guna pos laju gak memang fengsannnn tengok kos bayaran pos tu... kecuali requested by customers sendiri dengan bayaran tambahan yang dipersetujui. Pos domestik mengambil masa 4-5 hari bekerja.

Selepas pos, kami akan memberikan nombor tracking untuk memudahkan customer menjejaki barangan yang dibeli. Tapi kadang2 tu disebabkan terkejar-terkejar sana sini terlupa lak... huhuhu. Sekiranya kami terlupa, sila jangan malu atau segan untuk minta no tracking anda ye ^^

Untuk menjejaki @ tracking barangan anda, bolehlah mengunjungi website pos malaysia atau boleh terus klik di sini: http://www.pos.com.my/pos/appl/service.asp

Ok, itu aje... Ops! lagi satu, kalau korang nak track dalam website tu janganla lepas kami bagi no tracking terus korang pegi check dalam website sebab biasanya amik masa 1 hari bekerja gak untuk kod tu masuk dalam sistem ok!

Untuk semua yang pernah membeli bersama kami, jangan serik membeli di Tupperware Creative Design yer :D Terima kasih....

No comments:

Post a Comment