Nuffnang

Monday, February 11, 2013

TRACKING YOUR PARCELS

Salam n HI,
Sebenarnya nak update entry tupperware overseas dengan clearance untuk bulan januari/februari tapi tak terbuat-buat sebab nak tunggu settle barang2 customers dulu. Ada yang dah dipos 2 minggu tak sampai2, ada plak yang dipos tarikh yang sama, tapi 5 hari dah sampai... Geram pun ada, kesian pada customers lagi la sebab saya sangat memahami perasaan time dok tunggu parcels tak sampai2 ni sebab saya ni pun online buyer yang tegar... hihihi.. Sekarang ni kan apa saja bleh beli online. tak payah penat nak keluar cari parking. Pilihan hanya di hujung jari.... :). Kali ni nak tunjukkan tips nak check tracking  number pada yang belum pernah guna sistem ni.

Bagi pelanggan yang telah membuat belian dengan Tupperware Creative Design, tuan puan boleh minta dengan saya ye kalau kot2 ada yang saya terlepas pandang nak bagi.

Ni contoh tracking bagi nombor parcel CD152593443MY.

1- Mula-mula, sila masuk ke website pos malaysia. www.pos.com.my
2- Nanti lihat bahagian track & trace atau jejak & kesan ikut bahasa pilihan masing2.
3- Tuan puan akan melihat paparan di bawah:
Sekiranya nombor tracking anda bermula dengan 'CD' tu maknanya barangan anda dihantar menggunakan perkhidmatan parcel. So, sila masukkan kod dalam ruangan tu diikuti dengan butang track. SEkiranya nombor tracking anda 'EM' atau 'EN' sila klik di bahagian poslaju dan masukkan no tracking diikuti dengan butang track.

4-BIla parcel ni saya hantar pada 21/1/13 jam 11:37:00 maksudnya sebelum pukul 12 tengahari memang dah dipos.  Tapi ingat ya, kalau pos hari tu, belum tentu hari yang sama atau esok lusa masuk dalam sistem. Kadang-kadang lepas 3-4 hari BEKERJA baru masuk dalam sistem pun ada. Yang penting jangan susah ati atau gelabah sebab selagi ada no tracking mmg boleh track kat mana barang kita ni...
5- Kalau nak tengok lebih lanjut, klik pada link merah seperti rajah di atas no tracking tu dan lihat paparan seterusnya.

6- Ada juga customers yang bertanya kenapa menggunakan pos parcel bukannya pos laju sedangkan barangan yang dibeli ringan... jawapannya: harga pos laju adalah mengikut dimensi isipadu saiz kotak. Sekiranya kotak tu besar melebihi 30 cm walaupun ringan tak sampai 2kg, bila disemak pada senarai semak, harga kos pengeposan boleh mengambil nilai sehingga sehingga RM30 dan ke atas. Pihak kami akan hanya menggunakan pos laju jika kotak yang digunakan pada saiz kurang 30cm. Sekiranya, melebihi 30 cm dan pihak tuan puan ingin mendapatkan dengan kadar segera, pihak tuan puan boleh merujuk pada website untuk anggaran harga pos laju. DI bawah ini adalah kos bayaran pos. Untuk maklumat lebih lengkap, sila layari website pos malaysia ye :)



7- Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/aduan berhubung masalah kelewatan parcel/pos laju, tuan puan boleh menghubungi pihak pos malaysia di nombor di bawah.
8- Akhir sekali, ini adalah notis maklumat pelaksanaan operasi baru bagi tahun 2013. Mungkin ramai yang dah tahu... tapi sharing is caring ^^

OK tata! harap semua bersabar menunggu parcel dan pos laju masing-masing yer.... Sebab saya pun banyaaakkkkkk lagi parcel tak sampai2 ni... hihihihi... Asyik shopping shopping shopping! Tapi shopping ni kan terapi minda... Nak nak pulak kalau shopping tupperware... Memang heaven!! :D




No comments:

Post a Comment