Nuffnang

Wednesday, December 5, 2012

LEVEL SET

Salam n HI! :D
Kali ni nak terangkan macam mana nak dapatkan set level yang menjadi rebutan semua orang.. bagi yang pernah tengok katalog tupperware brands ni, kat page belakang bagi setiap keluaran katalog akan ada pasal level ni. Setiap keluaran, level memang berbeza-beza.. 
Ini yang special jadi ahli sebab selain dapat diskaun 25%, kalau kumpul-kumpul belian jadiakan dalam satu resit, anda akan dapat membeli level-level ni dengan harga yang super special! Berapa? hihihi... kita-kita aje yang tau... :)


Macam mana nak dapatkan level?

LEVEL 1---> ANDA LAYAK MEMBELI LEVEL 1 JIKA MEMBUAT BELIAN RETAIL PRICE RM480 DALAM SATU RESIT. Ingat ye... Belian mesti dalam satu resit. Tak boleh ari ni beli RM100, esok RM380.. tup-tup nak beli... tak bleh tak bleh...

HOSTESS--> ANDA LAYAK MEMBELI 1 UNIT HOSTESS JIKA MEMBUAT BELIAN RETAIL PRICE RM680 DALAM SATU RESIT. Bagi ahli, semua yang takde tulis 'nett', kita akan dapat diskaun 25%. So, untuk hostess ni pun korang akan dapat diskaun ahli gak.

LEVEL 2---> ANDA LAYAK MEMBELI 1 UNIT LEVEL 2 JIKA MEMBUAT BELIAN RETAIL PRICE RM880 DALAM SATU RESIT.


Kenapa tak boleh reveal harga level ni? Sebab ini adalah kelebihan untuk ahli... Penat2 kumpul sales/ belian mesti la sumthing special untuk diaorang kan? RM880 baru dapat beli semua tau! For my downlines, special untuk korang sebab selain dapat beli level2 ni semua, pastu match plak dengan pitcher dalam challenge bulan Disember ni... Memang cun habisss!!

lagi satu, 2 datings tu maksudnya ada 2 downlines tapi abaikan aje.. sebab asalkan korang buat belian ikut amaun yang diberi tu dalam satu resit, korang akan dapat beli gak set level ni walaupun belum ada downlines. :)


Kalau tak faham gak, tgk contoh kat bawah ni:
**** Che Nab membeli barang tupperware hasil dikumpul-kumpul order adik beradik sebanyak RM700 (Harga retail).
So, Che Nab layak membeli level 1 + hostess sahaja. Level 2 Che Nab belum layak lagi. Minggu depan Che Nab usaha beli lagi ye! caiyok!

No comments:

Post a Comment