Kali ni nak tunjuk macam mana nak check sales/ belian masing..
Mula-mula, korang gi ke website www.twbiznet.com.my. Korang akan nampak paparan di bawah ni:
Untuk yang first time nak log in ni,
1- username: isikan no keahlian masing-masing
2- passsword: isikan no keahlian tadi gak.
lepas tu baru korang diminta tukar password masing2..
Apa gunanya website ni?
- Untuk semakan jumlah komisyen yang diperolehi bagi ahli yang dah ada downlines (minimum 2 orang downlines), dan dah membuat belian atas id sendiri dengan nilai RM500 harga retail dalam katalog (bukan harga yang korang bayar).
- Dapat memantau team sales dan juga memastikan ahli yang didaftar betul2 menjadi downlines korang.
- untuk edit personal profile, kot2 ada tukar alamat ke apa2 info yang penting..
- Sebagai upline, korang bleh memantau mana2 downlines yang dah jadi status I= inactive. Keahlian akan jadi inactive kalau tak cukup retail RM500 bagi 6 bulan. Untuk aktifkan balik, kena buat belian RM200 retail price dalam satu resit.
- Ni adalah salah satu sebab saya suka buat challenges untuk semua downlines saya... :). Bila korang buat belian RM500 dapat free gift dari saya. Secara tak langsung, keahlian korang juga kekal aktif. Dan, untuk yang ada minimum 2 downlines tu, dapat gak merasa komisyen daripada Tupperware Brands :D.
Macam mana nak maksimumkan komisyen?
- Ingat, komisyen dikira bila sales untuk diri sendiri dah capai RM500 sahaja.
- So, katakanlah korang tere bisnes sampai bulan tu achived RM10k, beli RM500 aje atas no id sendiri. Selebihnya, beli guna id downlines masing2.. boleh guna id sorang downline aje atau ikut suka guna banyak2 downlines pun...
TAK SEMESTINYA NAK BISNES BARU JOIN KEAHLIAN, KALAU NAK GUNA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI PUN BOLEH SEBAB ONCE JADI AHLI, KORANG LAYAK MENDAPAT DISKAUN 25% UNTUK SEMUA PRODUK DALAM TU...
Untuk newbie, kalau daftar hari ni, still tak nampak dalam biznet ni.. Selepas keesokan hari baru korang wujud dalam ni yer.. hehehe
pastu, sales berubah ikut bulan. dah habis satu bulan, then bulan lain keluar yang lain pulak.. tapi still bleh check history.
lagi satu, biznet ni cuma available dari pukul 9pagi sampai 12 tengah malam.. lepas tu, klu tak sempat tengok.. tunggu esok pulak yer..
Nanti korang explore la bila dah log in situ yer ^^...
Ok, tata! itu aje...
Saper yang tiba2 rasa minat nak jadi ahli tu, bleh whatsapp/msg saya di 0174034950 atau email tupperware_b@yahoo.com. tq
~Nurul@Tupperware Creative Design^^~
No comments:
Post a Comment